|
LAWATAN PANEL PENILAI ANUGERAH KOLEJ CEMERLANG KE UiTM KELANTAN |
|
Written by Siti Azida Aziz
|
|
Pada 8 - 9 Nov 2009, satu lawatan oleh panel penilai Anugerah Kolej Cemerlang telah diadakan di UiTM Kelantan. Lawatan di Ketuai oleh Pn. Rokiah Mahmood, Kaunselor Kanan dan En. Darus Kassim dari Unit Korporat UiTM Shah Alam.
Lawatan ini adalah bertujuan untuk memastikan bahawa apa yang telah dibentangkan oleh UiTM Kelantan semasa pertandingan AKC di Kolej Mawar pada 17-18 Okt. lalu adalah sesuatu yang menjadi kenyataan. Semasa pembentangan tersebut, Kolej UiTM Kelantan telah memenangi tempat ke tiga kategori Kolej Cemerlang.
Pihak Pengurusan Kolej, Majlis Tertinggi Kolej dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej telah menyambut ketibaan panel serta mengiringi panel untuk keseluruhan lawatan tersebut. Kolej Tun Hussien Onn telah terpilih sebagai tempat lawatan ahli panel dan kami telah berusaha sepenuh hati untuk menyakinkan ahli panel di dalam lawatan tersebut.
Pihak kami berharap agar Kolej Tun Hussien Onn yang mewakili UiTM Kelantan akan mendapat tempat yang baik di dalam pertandingan Anugerah Kolej Cemerlang 2009, yang juga merupakan penyertaan pertama kami ke pertandingan ini.
Bergambar kenangan bersama MTK dan JPK
Sesi lawatan dan temubual bersama TP HEP & Alumni
Pengurus sedang memberi penerangan kepada Panel
Penyampaian cenderamata kepada Panel
|
|
Read more...
|